Ada wanita yang dipuji apabila masak untuk suami tercinta dan ada pula isteri yang dilemparkan makanan ke muka kerana masakan yang dimasak penuh kasih sayang dikatakan tak sedap.Ada suami rasa gelisah dan rindu pada isteri ketika bekerja dan ada pula suami yang hidup bebas tanpa memikirkan isteri mereka,malah isteri mereka yang selalu menghubungi mereka.Ada pula suami ketika cuti akan membantu isteri memasak dan mengemas rumah dan ada pula suami ketika cuti akan keluar bersama kawan-kwan dan yang paling banyak lagi TIDOR!!!!!.
Ada suami yang pergi bercuti atau kerja luar bawa isteri mereka dan ada pula yang sanggup tinggalkan isteri kerana bosan.
Masalahnya kenapa si suami harus bosan bila bersama isteri,apa alasan munasabah si suami sebenarnya,Alasan isteri tak cantik tak kemas macam dulu,takkan lah dalam rumah si istri nak pakai make up 24 jam.Harus pikir si isteri nak kemas rumah,nak masak,nak sidai kain,semuaya untuk siapa untuk suamikan.Jadi kenapa si suami harus merungut dan bosan.Ada pula si suami yang bagi alasan si isteri kembang,gemuk tak langsing macam zaman bercinta dulu.Tak tahu ke si suami yang si isteri memberi anak kepada mereka.Anak itu lah penyambung keturunan si suami dan yang akan mendoakan si suami bila meninggal kelak.Kalau tak nak isteri gemuk keluarkan duit pergi slim world untunk cantik balik.Tapi kena ingat wahai si suami kalau isteri sentiasa kelihatan cantik di rumah dan luar,di mana agak-agaknya dosa-dosa yang si suami harus tanggung.Di luarlah,si isteri sekarang tak nak cantik di luar kerana apa,kerana mereka ingin menjaga maruah suami dan tak nak suami mereka menanggung dosa-dosa besar dan di tanya di akhirat kelak.
Seharusnya si suami bersyukur memiliki si isteri sebegitu.Biar tak cantik di mata tapi cantik di akhirat kelak dan si suami juga yang akan masuk syurga.BETOL TAK SI SUAMI.Dan kepada si isteri di luar sana jangan suka membebel dan mencari salah suami,seharusnya kita sebagai isteri harus berpegang kuat untuk taat pada suami dan berdoa setiap waktu agar si suami tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar.Dan jangan lah menceritakan tentang isi rumah tangga kita pada sesiapa pun,walaupun ibu dan ayah kita sendiri.Kerana setiap hamba di muka bumi ini tak semuanya dilahirkan sempurna dan berakal.Kebanyakkan mereka lebih suka melihat hubungan kita hancur kerana apa?kerana cemburu?biar kita terseksa di dunia tapi di akhirat kita akan mendapat nikmat yang cukup indah oleh Allah swt..
SELAGI SI SUAMI TAK MELACURKAN KITA DAN MENGAJAK KITA MENINGGALKAN AGAMA KITA,MAKA TAATLAH...INSYAALLAH KITA AKAN MENDAPAT NIKMAT AKHIRAT YANG LUAR BIASA...INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment