Friday, 20 June 2014

LAPARNYA AKU ADIK BRADIK

Tiba-tiba aku terkenangkan waktu aku kecil2 dahulu,waktu dimana aku dan adik sedang kelaparan.Mak aku ketika itu bekerja di sekolah sebagai cleaner dan ayah aku seperti biasa hanya tidur tanpa memikirkan bagaimana keadaan kami.Waktu itu aku ingat lagi aku adik bradik hanya mampu makan nasi dan kicap.Rasanya memamng tak sedap tapi mkanan tu menjadi sedap bila dapat makan bersama mak,masa itu aku masih belum mengerti kesusahan yang mak aku hadapi,tapi aku dapat melihat siapa ayah aku yang sebenarnya.
  sewaktu aku berada di sekolah rendah kami mendapat satu kegembiraan iaitu mak aku mengandung,disebalik kegembiraan itu tersemat kerisauan di hati mak aku,sebab pada ketika itu aku masih lagi bersekolah dan abang aku berada di sekolah asrama di batu 10.Mak aku tidak dapat bekerja kerana doktor cakap kandungan mak aku lemah.Diwajah emak ketika itu aku tahu mak sedang berfikir keadaan kami adik bradik mcm mana....
   selepas beberapa bulan mak aku mengandung,tibalah waktu kami ke sekolah selepas sebulan cuti sekolah,masa tu ayah bawa kami adik bradik untuk beli baju sekolah dan peralatan sekolah yang lain.Memang lain rasanya bila pergi dengan ayah,sebab selama 4 tahun mak lah yang bertanggungjawab terhadap sekolah dan makan minum kami.Bila pergi dengan ayah,semua serba tak kena,sebab ayah tak tahu nak pilih baju sekolah kami masa itu,sebab nya ayah tak pernah ambil tahu pasal kami adik beradik.
   mak terpaksa bersbabar dengan sikap ayah kertika itu,sebab mak sedang sarat mengandung.Beberapa hari selepas itu mak pun melahirkan adik aku,perasaan sungguh gembira.Sebab aku akan dapat adik baru.Yang sedih sekali masa tu,ayah aku tak bayar bil hospital,padahal masa tu mak aku dah bagi duit supaya ayah aku bayar.Rupa2nya ayah guna duit tu.masa tu aku dapat lihat bertapa sakitnya hati mak aku.Ujian yang mak aku hadapi ketika itu bukan lah itu sahaja,Allah telah memberi ujian pada mak aku,tangan mak aku lumpuh pada masa itu.Aku dapat melihat mak aku berada dalam keadaan sakit yang teramat sangat.
    Ayah aku telah membawa mak aku pergi mengurut,alhamdulillah berkat doaku mak aku kembali sembuh.Terima kasih ya Allah atas segala-segalanya.aku ingat lagi adik baru jer sebulan lebih mak aku dah bekerja sebagai cleaner.Mak cakap kalau mak tak kerja siapa nak bagi akak,abang, ngan adik2 makan.Mak cakap belanja sekolah lagi,abang banyak nak pakai duit kat asrama.penderitaan yang mak tanggung memang perit sangat2...hanya ALLAH SWT yang tahu semua ini.Mak adalah insan yang sangat kuat....


HARGAILAH MAK YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA SEMUA....

No comments:

Post a Comment