Monday, 23 June 2014

BUKAN SALAHMU EMAK...

Mak langsung tak pernah salah kalau akak ditakdirkan untuk tidak sambung belajar,akak anggap tak ada rezeki untuk akak sambung belajar.Kalau lah ayah bertanggungjawab,pasti cita-cita akak untuk jadi pensyarah akan tercapai.Akak bukannya mintak rumah besar,kereta mewah atau ipad pada ayah.Akak cuma mintak ayah bertanggungjawab pada kami adik-beradik itu sahaja ayah.Tiap-tiap hari akak selalu berdoa supaya ayah berubah menjadi seorang ayah yang lebih bertanggungjawab.Kadang-kadang akak rasa cemburu melihat kawan-kawan akak ayah mereka semua belai mereka dengan kasih sayang yang secukupnya.Akak nak juga rasa seperti mereka,ada ayah yang menjadi imam untuk mereka,mengaji bersama2,puasa sunat bersama,jalan-jalan bersama2 dan bergurau senda bersama2.
Filem,drama dalam tv yang menceritakan pengorbanan seorang ayah pada anaknya telah membuatkan akak merasa hilangnya kasih sayang ayah pada akak.Ayah kawan2 akak tak bagi anak perempuan mereka bekerja,mesti belajar untuk masa depan.Kenapa ayah tak buat macam tu pada abang,akak,dan adik2 yang lain.Kenapa ayah tak pernah tanya akak macam mana?nak sambung belajar kat man?nak jadi ape bila dah besar nanti?buku sekolah dah beli ke belum?nak beli baju sekolah baru tak?dah makan ke belum?ada belanja pergi sekolah tak?kenapa ayah tak pernah tanya kami adik-beradik.
Kenapa ayah tak pernah tanya mak,penat ke hari ni kerja?duit belanja dapur cukup tak?belanja anak-anak cukup tak?dah makan ker ngan anak2?nak beli baju baru tak?kenapa ayah tak pernah tanya kesusahan mak.Ayah tak kesian ker dengan mak,kenapa ayah selalu menyusahkan mak.Ayah tak tahu ke tanggungjawab ayah sebagai ketua keluarga dan ayah pada kami.Akak tak pernah benci ayah,sebab mak tak pernah ajar kami adik-beradik untuk membenci ayah.

   

No comments:

Post a Comment