Sunday, 22 June 2014

MAAFKAN AKAK MAK!!!!!!!

Maafkan akak mak.....semalam tak tahu mengapa dan kenapa tiba2 hati aku sayu melihat mak aku yang sedang bekerja dari jauh.dalam hati aku berkata-kata sampai bila mak nak bekerja,mengemop,menggoreng,dan memotong sayur di tempat kerja tu.
  Maafkan akak mak sebab sampai sekarang akak masih tak dapat beri kesengan pada mak.Hati akak sedih bila mak cakap mak dah tak larat nak kerja,badan mak dah sakit-sakit.Akak demi allah tak kisah mak nak berhenti kerja,cuma akak takut akak tak dapat bagi kesenangan pada mak dan adik-adik.Gaji akak sekarang tak mampu nak bagi mak kesenangan,gaji 900 tu teramat lah sikit mak.Tiap-tiap bulan akak selau berfikir macam mana nak cari pendapatan lebih untuk mak.Akak langsung tak ada simpanan untuk mak.Sebab gaji akak habis untuk duit dapur dan kperluan rumah yang lain.
  Alangkah bahagianya kalau abang dan rami bekerjasama dengan akak supaya mak tak perlu bekerja lagi.Akak tak kisah mak kalau kat tempat kerja akak tak makan dan tak belanja,yang penting keperluan mak dan adik-adik terjamain,akak tak nak tengok mak dengan adik-adik kelaparan.Cukuplah akak dulu merasa kelaparan,akak tak nak adik2 akak rasa kelaparan.Akak tak nak mak kelaparan sebab dulu mak pernah ikat perut untuk bagi kami adik-beradik makan,kalau boleh sekarang akak nak mak makan apa yang mak tak pernah makan.Mulai sekarang akak nak simpan duit sikit-sikit untuk mak,sebab aka takut kalau mak sakit akak tak ada duit dalam simpanan untuk bawa mak ke hospital.Cukup lah sekali akak merasa,waktu tu mak dijangkiti kuman pada paru-paru.Sebulan mak berada di hospital.Pada masa tu akak langsung tak ada duit simpanan untuk mak.
  Masa tu akak cuma mengharapkan duit gaji sahaja,akak mintak pada abang dengan ayah semua bagi alasan tak ada duit.Perangai abang pada masa itu sangat menyakitkan hati akak mak.Sebab akak buntu macam mana nak bayar bil hospital mak.Perasaan sedih akak pada masa tu hanya Allah swt sahaja yang tahu.Akak mintak tolong kawan-kwan mak kat tempat kerja pada masa tu,akak cakap akak nak ambik duit kutu first tapi mereka semua tak ada yang nak menolong.Akak sedih sangat mak,masa tu akak hanya mampu menangis.Hati ni bagai di kelar-kelar dengan pisau,sebab tiada siapa yang sudi membantu.Tapi akak bersyukur sebab majikan akak bagi akak pinjam duit 400 untuk keluarkan mak,jasa dia memang akak takkan lupa sampai akhir hayat akak.Walaupun dibelakang dia banyak mengutuk mak.Masa mak tiada akak rasa sunyi sangat-sangat kat rumah sebab selalunya mak ada.Akak selalu berdoa agar Allah swt sembuhkan penyakit mak dan alhamdulillah Allah swt makbulkan doa akak mak.
  Pada masa mak ku sudah sembuh dan dikeluarkan dari hospital serdang,3 hari selepas itu mak terpaksa pergi bekerja sebab duit sewa rumah 2 bulan tertunggak sebab ayah tak bayar.Sampai hati ayah buat mak macam tu.Esoknya mak terus pergi kerja dalam keadaan yang tak begitu kuat,mak juga menghadapi penyakit nyanyok yang tak lama.Ramai yang mengutuk,tapi aku selalu berdoa agar mak cepat sembuh dan akhirnya alhamdulillah ALLAH swt makbulkan doa aku,akhirnya mereka yang kutuk mak aku nyanyok tu,mereka pula yang selalu lupa..


TERIMA KASIH YA ALLAH SEBAB KAU KEMBALIKAN MAK PADA KU,DAN TERIMA KASIH SEBAB KAU DAH SEMBUHKAN MAK DARI PENYAKITNYA..AMIN...

No comments:

Post a Comment