Alhamdulillah berkat doa aku dan mak akhirnya abang aku dah berubah sikit demi sdikit.Nasihat yang diber untuk abang aku sangat mengubahnya,semalam abang bawa aku,mak dan adik aku pergi nsk untuk beli barang dapur.Banyak juga kami berbelanja,tapi untuk barang-barang dapur yang penting-penting.
Terima kasih ya Allah sebab sempena tibanya bulan puasa ini kau telah mengubah abang aku menjadi insan yang lebih baik.Bulan puasa ni aku nak buat amal jariah banyak-banyak dan kalau boleh bukan bulan puasa pun aku nak buat amal jariah banyak-banyak.Senyuman do bibir mak semalam cukup menggambarkan dia bahagia melihat kami bersama-sama dan abang aku dah pun berubah.Yang aku harapkan sangat bulan puasa ni ayah aku akan berubah dan pulang ke pangkal jalan,walaupun ayah dan mak mungkin tak dapat bersama lagi.Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah,kita sebagai hamba dia yang lemah ni hanya mampu berdoa dan berusaha.Segala-gala yang terjadi semua ditentukan olehnya.
ALHAMDULILLAH.......
No comments:
Post a Comment