Ya Allah tak sabar rasanya nak berpuasa,sebab dengan tibanya bulan puasa aku dpat mengerjakan amal ibadah dengan banyak sekali.Dan pada bulan puasa aku dapat mengawal mulut aku dripada berkata-kata dengan perkataan yang tidak elok.Pada bulan puasa ini juga aku dapat belajar untuk lebih berdikari.Ya Allah semoga di bulan puasa ni aku dapat berkumpul dengan sahabat2 yang aku sayangi,jiran yang aku sayangi dan yang paling penting dengan mak,abang dan adik-adik.
Kalau ayah balik pada hari raya nanti untuk beraya,aku harap mak dan abang dapt terima sebab aku tak nak bergaduh dengan siapa-siapa pun.Sebab dalam agama islam menyatakan kalau kita umat islam memutuskan silaturahim sesama sendiri.Akan dipendekkan umur dan dibenci oleh Allah swt.Ya Allah aku bersyukur kerana kau memberikan aku hati untuk selalu memaafkan mereka yang berbuat jahat padaku,terima kasih ya Allah.
Tahun ini insyaallah dengan rezeki Allah swt nak bawa mak dan adik-adik pergi beli baju raya.Dulu waktu masih kecil nak beli baju raya pun susah,kadang -kadang ada tahun kami sekeluarga tak makan apa-apa di pagi raya.Ya Allah waktu tu hanya Allah swt sahaja yang tahu bagaimana sedihnya kami dipagi raya.Waktu tu mak menangis sebab tak dapat beli bju raya untuk kami adik-beradik dan masak rendang untuk kami makan dipagi raya.Tapi sekarang lepas aku dan adik-beradik lain bekerja kami dapat makan sedap-sedap dipagi raya.Terima kasih atas rezeki mu ya Allah,alhamdulillah.Tahun lepas raya aku bawa mak pergi pasar kajang pagi-pagi lepas subuh,masa tu aku dapat belajar nak beli bahan-bahan untuk masak rendang.Sebab waktu kecil dulu tolong mak potong bawang merah,bawang putih,serai semua lah.Aku belajar masak kerisik sendiri.Walaupun penat sebab puasa sekurang-kurangnya aku dapat belajar daripada seorang wanita yang aku panggil emak.Tiap-tiap tahun kami hanya beraya 6 orang...tapi selepas ayah pergi kami beraya 5 orang.Walaupun rasa sepi sebab ayah tak ada,aku tetap bersyukur sebab kami sekeluarga tetap bersama sampai sekarang.Terima kasih ya ALLAH.
Walaupun di dunia ni aku kurang kasih sayang dari seorang ayah,aku ada seorang ayah yang paling mulia di mata Allah iaitu NABI MUHAMMAD SAW .Setiap kali alu rindu dengan pelukan seorang ayah aku akan selalu berselawat dan selepas solat aku akan berdoa supaya Allah swt sampaikan salam rindu aku kepada baginda NABI MUHAMMAD SAW.Dan aku akan selalu berdoa sehingga aku menutup mata,aku nak sangat jumpa NABI MUHAMMAD SAW..Walaupun aku tahu aku tak layak dan banyak dosa untuk berjumpa dengan baginda.Aku akan tetap berdoa dan berselawat sehinggalah doa aku dimakbulkan,AMIN insyaallah.
RINDUNYA AKU PADA MU YA RASULULLAH..
No comments:
Post a Comment