Thursday, 3 July 2014

YAKINLAH PADA ALLAH SWT
nak tahu kenapa saya cakap mcm ni sebab nya saya yakin pada Allah swt atas jodoh yang bakal saya dipertemukan.Ya bunyinya mcm neraban je kan tapi itulah kenyataan.Saya ramai kawan yang berkahwin di usia muda,ada yang bahagia dan ada pula yang sering memendam rasa.Ada yang kahwin dengan restu mak ayah dan ada pula yang kahwin ikut kehendak sendiri sehingga sanggup mengetepikan keluarga mereka.
Saya dapat lihat dengan jelas depan mata saya sendiri,berkahwin dengan restu dan doa mak ayah itu lebih membawa kebahagiaan berbanding dengan cara berkahwin mengetepikan keluarga.Sering bergaduh dan mengungkit.Ya sebenarnya dengan mengungkit itu lah sebuah institusi perkahwinan akan runtuh.Sebagai suami atau pun isteri walau marah mana pun kita pada pasangan kita,jangan sesekali kita mengungkit.Kerana ungkit itu bunyi sangat berbisa.Sebagai isteri marah mana pun kita jangan lah ikutkan ego kita,tak salah kalau kita selalu mengalah supaya rumah tangga kita bahagia.Dan tak lupa pada si suami jangan lah anggap isteri kita itu bodoh kerana mereka yang akan selalu mengalah kalau si suami buat salah.Sebaliknya si suami harus lah bersyukur kerana memiliki isteri seperti itu.
YA perkahwinan di usia muda mmng banyak dugaan dan ujian yang bakal kita lalui.Anggaplah semua itu sebagai 1 jalan untuk kita menuju ke arah kematangan dan anggaplah ia sebagai 1 cara untuk kita mengubah diri kita menjadi insan yang lebih pandai berfikir tanpa mmbuat kputusan yang akan menyakitkan mana2 pihak.Sebagai suami muda.anda haruslah buang sikap ingin ssllu berkawan,jadikan kluarga kita sebagai tempat yang pertama.Tak salah kalau nak keluar dengan kawan2 tapi haruslah sentiasa ingat bahawaa anda semua mmpunyai isteri yang sedang mnunggu kpulangan anda dirumah.Kerana isteri ingin selalu dibelai dan dmanja oleh si suami.Penat mana pun si suami jangan lah sesekali kita melepaskan kmarahan terhadap isteri anda.
Dan tidak lupa pada si isteri,jika si suami baru pulang dari bkerja jangan lah kita membebel atau bercakap dengan perkataan yang boleh menyakitkan hati si suami.Sebaliknya jika suami anda pulang ke rumah,hidangkan lah mereka dengan air yang sejuk untuk melegakan mereka dari kepenatan.Bercakaplah dengan mereka dengan nada yang rendah dan dengan penuh kasih sayang.Jika ada perasaan tidak puas hati sesama sendiri jangan lah meluahkan perasaan pda pihak ketiga,sebaiknya duduk bersama dan berbincang dengan cara yang baik..insyaallah segala ketidakpuasan hati kita akan lebih tenang.Yang paling penting si suami atau si isteri jangan berbincang dengan ego yang tinggi,tanamkan sikap anda seperti air dan jangan biarkan api syaitan membakar kita.
APA PUN SAHABAT2KU SEKALIAN,
SETIAP PERKAHWINAN PASTI ADA UJIAN DAN DUGAAN,JADIKAN ALLAH SWT SBGAI PERTUNJUK,TANAM DALAM DIRI AGAR TIDAK SENTIASA MARAH DAN MENGUNGKIT SESAMA SENDIRI.DAN SELALU INGAT JANGAN KITA MELUAHKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI PADA PSANGAN KITA DENGAN PIHAK KETIGA..
SEBAB 80% PIHAK KETIGA ADALAH PENGHANCUR RIMAH TANGGA.

No comments:

Post a Comment